
Usahawan dan pengacara, Ameera Zaini berasa teruja apabila jenama tudung keluarannya berpeluang bekerjasama dengan jenama antarabangsa yang merupakan kolaborasi pertama untuk edisi raya tahun ini.
Kolaborasi pertama

Ketika ditemui , Ameera Zaini, 36, yakin kolaborasi ini melengkapi antara satu sama lain selain berkait rapat dengan tema Hari Raya.
Ini adalah kolaborasi pertama Ameera Zaini dengan jenama antarabangsa.
Saya sangat teruja sebab kita tahu jenama tersebut menjadi pilihan ramai.
Bila hijab dan produk itu disatukan, ianya satu kolaborasi yang sangat baik.
Ameera berkata demikian pada majlis pelancaran Steve Madden x Ameera Zaini Raya Ekslusif di Mid Valley Mall, pada Khamis.
Gaya tradisional dan moden

Berkongsi lebih lanjut, jenama antarabangsa itu juga menyatakan bahawa kolaborasi istimewa ini memberikan sesuatu yang baru dengan menggabungkan gaya tradisional dan moden.
Mulanya, saya tidak mengenali Ameera Zaini.
Kemudian, team saya mengatakan bahawa Ameera Zaini adalah satu jenama yang sangat bagus.
Saya rasa coraknya sangat moden dan sesuai dengan produk kita.
Dan ianya untuk pelanggan di Malaysia.
Saya juga berharap dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki produk Steve Madden.
Tambahnya lagi, Benno, Zellie, Sandre, Accords, Ensemble, Justice, Bevelyn, Mayven dan Mona merupakan fokus untuk koleksi tahun ini.





