Usahawan sensasi, Dato’ Sri Aliff Syukri berjaya mencapai pungutan jualan RM 1 Juta terpantas menerusi jualan penstriman langsung (TikTok Shop) sekaligus melayakkan namanya dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tak Maafkan Diva AA Pijak Beg – ‘Aku Tak Nak Saman Sebab Kau Tiada Duit’
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Cabar Diri Mahu Tempa Nama Dalam Malaysia Book Of Records
The Malaysia Book of Records

Pengiktirafan itu disahkan oleh Pegawai The Malaysia Book of Records iaitu Puan Siti Nurhanim Mohd Noh, menerusi penyerahan sijil rasmi sejurus selepas sesi jualan secara langsung pada malam 3 Ogos 2025 mencatatkan pencapaian luar biasa.
Sementara itu, Aliff atau nama sebenarnya Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 38, dan isteri, Datin Sri Shahida meluahkan rasa syukur atas sokongan rakyat Malaysia dalam usaha mereka mencipta rekod tersebut.
Terdahulu, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, memaklumkan hasratnya untuk mencabar diri dengan mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records bagi kategori ‘The Fastest RM1 Million Handbag Sales Value In A Livestream Sale 2025’.
Usaha itu dilakukan bagi membuktikan bahawa jenama beg keluarannya, Anthon’s Leather dan AS Bag, merupakan antara yang paling digemari serta terlaris di Malaysia dengan kualiti premium pada harga mampu milik.
Rekod baru

Mempertaruhkan Bag Samma Denim Edition dengan jualan serendah RM75 seunit, jualan tas tangan tersebut berjaya mencapai kutipan jualan RM1 Juta dengan masa hanya 2 minit 32 saat.
Rekod ini sekaligus bukan sahaja berjaya mencipta rekod baharu dalam Malaysia sebagai jualan beg tangan terlaris, namun telah berjaya memecahkan rekod sedia ada yang dipegang oleh Khairul Aming melalui jualan Sambal Nyet dengan catatan masa 3 minit 28 saat.
Untuk info, setiap pembeli yang membeli pada sesi tersebut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah beruba sebuah kereta, motorsikal, pakej umrah, pakej percutian ke Sugeh Resort, barangan kemas dan perkakasan elektrik kepada 1000 pembeli bertuah.
The post Aliff Syukri Tewaskan Khairul Aming, Rampas Takhta Jualan Tertinggi Penstriman Langsung first appeared on OHBULAN!.





