Seorang wanita berkongsi kisah rumah tangganya yang berakhir dengan penceraian kerana gagal mengawal emosi dan sikap barannya.
‘3 tahun dia sabar dengan sikap baran saya’

Menerusi satu luahan yang dikongsikan semula di platform X, wanita berusia 30 tahun itu mengakui kesilapannya dan menyesal apabila mula berubah hanya selepas suaminya mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian.
Terduduk saya bila suami beritahu dia dah failkan cerai. Selama tiga tahun dia sabar dengan sikap baran saya.
Tambahnya lagi, suaminya sudah beberapa kali memberi nasihat sejak dari tempoh pertunangan lagi agar dia mengawal emosi dan tidak membiasakan diri dengan kata-kata kesat atau makian.
Namun begitu, wanita tersebut mengaku dia enggan berubah ketika itu kerana merasakan perubahan sepatutnya dilakukan atas kehendak sendiri dan bukan semata-mata kerana orang lain.
Dari zaman tunang, dia selalu pesan supaya saya kurangkan baran, jangan biasa maki orang. Tapi saya fikir, kalau nak berubah, biarlah sebab saya sendiri, bukan sebab dia.
Malangnya, perubahan yang diharapkan berlaku tidak pernah menjadi kenyataan, sehingga suaminya akhirnya hilang sabar dan membuat keputusan untuk berpisah.
Sekarang tengah tunggu naik mahkamah. Saya dah cuba ubah diri, tapi dia dah tak kisah dah.
Perempuan tolonglah kawal perasaan. Perkahwinan bukan tentang kita saja. Suami pun ada perasaan.
Wanita tersebut mengakui bahawa penyesalan datang terlalu lewat, dan berharap agar kisahnya menjadi pengajaran buat wanita lain.
Jangan jadi macam saya. Saya sedar kesilapan saya bila semuanya dah terlambat.
Sumber: X Meinmokhtar
The post ‘Diceraikan Kerana Sikap Baran, Saya Sedar Bila Semuanya Dah Terlambat’ first appeared on OHBULAN!.





