Anak kepada penyanyi, Siti Saerah iaitu Ahmad Dayyan mengejutkan orang ramai apabila secara tiba-tiba rebah ketika membuat persediaan untuk persembahan akhir pada program Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada malam ini.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang DM Tanya Umur Ahmad Berapa & Ajak Couple’ – Siti Saerah Kongsi Ragam Peminat
Rebah

Difahamkan, ketika tiba gilirannya untuk menyanyikan lagu Cinta Kerana Cinta nyanyian asal penyanyi Indonesia, Judika, Ahmad atau mesra disapa Amad tumbang namun sempat disambut oleh kru.
Program itu kemudiannya direhatkan seketika sebelum kembali bersiaran untuk persembahan akhir.
Bagaimanapun selepas beberapa minit, Amad kembali melakukan persembahan menunjukkan semangatnya hingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
Sejurus melakukan dua persembahan, Amad sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila pengsan ketika berjalan menuju ke belakang pentas.
Hari ini berlangsungnya persembahan akhir TTMM yang dibuat secara langsung di Auditorium, MBSA Shah Alam pada malam Ahad.
The post Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM first appeared on OHBULAN!.





