25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alvn Sambut Tahun Baru Cina Seorang Diri Di KL, Tiket Balik Penang Mahal – ‘Saya Hantar Duit Untuk Keluarga’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Alvn memaklumkan dia bakal menyambut Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur seorang diri.

    Artikel Berkaitan: ‘Kita Kena Jaga Batas & Cari Keserasian Supaya Nampak Neutral’ – Alvn

    Tak balik raya

    Alvn, 35, berkata, sudah tiga tahun berturut-turut tidak menyambut perayaan itu bersama keluarga di Pulau Pinang dan hanya akan pulang ke kampung beberapa minggu selepas sambutan Tahun Baru Cina.

    Saya tidak balik kampung untuk sambut Tahun Baru Cina, raya di rumah di Kuala Lumpur seorang. Tapi saya tetap hantar duit untuk keluarga di kampung.

    Saya sudah tiga tahun tidak balik kampung kerana harga tiket kapal terbang mahal, walaupun kampung saya hanya di Pulau Pinang.

    Tetap akan balik kampung juga, cuma mungkin seminggu atau dua minggu selepas sambutan Tahun Baru Cina. Tengok juga pada jadual kerja.

    Berkongsi lanjut, Alvn berkata sambutan Tahun Baru Cina yang diraikannya secara sederhana sudah menjadi kebiasaan buat dirinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Saya cuma pastikan rumah dalam keadaan bersih dan kemas. Saya juga tidak beli baju raya baharu setiap kali sambutan.

    Saya pakai semula baju-baju lama yang masih cantik. Saya bukan jenis yang mesti beli baju baharu setiap kali perayaan.

    The post Alvn Sambut Tahun Baru Cina Seorang Diri Di KL, Tiket Balik Penang Mahal – ‘Saya Hantar Duit Untuk Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Kuku Mudah Patah Punca Madammu Sering Pakai Kuku Palsu

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah