26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ally Mukhriz Hanya Imbau Kembali Busana Perkahwinan, Doa Kebahagiaan Ezlisa Loy – ‘I’m Not Bitter At All’

    Shopee Sale

    Cucu kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir iaitu Ally Mukhriz memberikan respon terhadap isu berkenaan busana perkahwinannya dan pelakon, Esliza Loy yang menjadi perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: ‘Bukan Nak Masuk Pertandingan Baju Siapa Paling Cantik & Nombor Satu’ – Elfira Loy

    Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Ezlisa Loy Sah Bergelar Isteri Hafiz

    Respon Ally

    Menurut Ally, dia sama sekali tidak menyangka busana perkahwinan yang digayakannya lima tahun lalu akan mencetuskan isu dan menjadi bahan bualan di media sosial.

    Saya langsung tak ‘bitter’. Dan betul apa yang awak katakan, saya memang ditag dan dihantar posting tersebut.

    Tetapi saya tidak bayangkan ia akan menjadi seperti ini.

    Ally berkata, diperkongsian itu bukan untuk membandingkan antara busana dia dan Ezlisa tetapi hanya sekadar mahu mengimbas kembali momen indah semasa hari bahagianya.

    Ia tidak pernah dimaksudkan sebagai satu hantaran ‘siapa pakai lebih cantik’

    Kedua-dua pereka dan pengantin jelas mengambil inspirasi daripada rujukan yang serupa dan menghasilkan busana yang kami berdua suka.

    Saya hanya sekadar mengimbau kenangan, itu sahaja.

    Ucapan untuk Ezlisa

    Dalam masa yang sama, Ally turut berdoa agar aktres tersebut dikurniakan kegembiraan sepanjang melayari bahtera perkahwinan.

    Saya doakan Ezlisa bahagia dalam fasa baharu kehidupannya.

    Songket biru itu jelas merupakan rekaan klasik yang yang tidak lapuk oleh waktu.

    Terdahulu, ramai yang mendakwa busana perkahwinan Ezlisa dan Ally seakan-akan sama dengan penggunaan tona warna biru muda dan merah jambu.

    MENARIK:  [VIDEO] Chazynash Bakal Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan – ‘Saya Dah Bawa Jumpa Ketiga Anak, Mereka Suka’ 

    Untuk info, busana songket yang dipakai oleh Ezlisa merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Sam Republic manakala pakaian Ally pula mendapat sentuhan Fizi Woo.

    Ezlisa juga berkongsi bahawa inspirasi busananya tersebut diilhamkan daripada pereka fesyen antarabangsa yang berasal dari Filipina, Michael Cinco.

    Sumber: IG Ally Mukhriz

    The post Ally Mukhriz Hanya Imbau Kembali Busana Perkahwinan, Doa Kebahagiaan Ezlisa Loy – ‘I’m Not Bitter At All’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah