Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memuji pelakon popular Izara Aishah yang disifatkan sebagai artis kelas A dengan aura tersendiri selain memiliki nilai eksklusif.
Artikel Berkaitan: ‘Harga Beg MUA Bellaz RM200 Tidak Mahal’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: ‘Apa Berlaku Dalam Live Hanya Gurauan, Bukan Bermaksud Saya Marah’ – Izara Aishah
Ada kelas

Aliff, 39, berkata, pemilihan Izara sebagai rakan kolaborasi bagi koleksi beg tangan terbaharu AS x Izara dibuat kerana dia tertarik dengan personaliti serta pembawaan pelakon itu yang dilihat mempunyai kelas dan gaya tersendiri.
Saya kenal Izara dari jauh. Saya rasa dia seorang wanita yang ada kelas, ada gaya. Lagi saya takut nak dekati dia, lagi saya nak bekerjasama dengan dia. Saya kenal ramai artis, tapi Izara ada vibes yang tersendiri, nampak mahal.
Saya tak sangka pun Izara nak terima lamaran saya. Siapalah saya. Kita cuba nasib je dan Alhamdulillah, kerjasama ini terjalin. Saya jangkakan dia ‘diva’, tapi dia bagus dan sangat humble.
Aliff berkata demikian ketika ditemui di sesi penggambaran bersama Izara Aishah dan Kartina Aziz di Wisma D’herbs Damansara Perdana, baru-baru ini.
Tambah bapa enam anak itu, Izara seorang yang profesional dan jelas dengan prinsipnya, termasuk menetapkan syarat serta batasan tertentu.
Izara ada tetapkan syarat tersendiri. Kita tahu apa yang boleh, apa yang tak. Bila buat video promosi dengan dia, tak adalah saya nak buat video TikTok berjoget, berpegangan. Saya seorang yang gila-gila tapi saya tahu batasan.
Dia artis kelas A, tapi cara pembawaan diri dia sangat humble, macam artis baru nak mula.
Sementara itu, Izara berkata kerjasama bersama Aliff dan pasukannya berjalan lancar kerana masing-masing sudah memahami batasan serta cara kerja sejak awal perbincangan.
Sebenarnya saya tak perlu cakap banyak apabila bekerjasama dengan Datuk dan team. Sebelum bekerjasama tu, mereka dah tahu saya jenis yang bagaimana, batasan saya dan cara kerja saya.
Sebelum saya cakap pun, dia sudah tahu. Sebab itu saya senang menjalin kerjasama dengan mereka. Dia sangat menghormati saya, saya dah macam adik dia.
Dia sangat rendah diri, cara dia hormat saya. Itu buat saya terbuka hati nak menjalin kerjasama dengan mereka.
The post Aliff Syukri Puji Sikap ‘Humble’ Izara Aishah – ‘Dia Artis Kelas A’ first appeared on OHBULAN!.





