26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Syukri Hanya Bergurau Fasal Jual Kucing – ‘Saya Padam Video Itu Sebab Kena Kecam’

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menepis dakwaan kononnya dia mahu menjual kucing peliharaannya selepas sebuah video tular sehingga mengundang kecaman netizen, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri & Isteri Hadiahkan Porsche Kepada Ammar Ahyan – ‘Solat Jangan Tinggal’ 

    ‘Saya penggemar kucing’

    Hanya sekadar gurauan, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, menegaskan dirinya merupakan pencinta kucing dan tidak pernah berniat untuk memperdagangkan haiwan tersebut.

    Saya memang penggemar kucing, tiba-tiba kucing di rumah saya itu mengandung. Tahi dia memang busuk di rumah, tapi takkanlah saya nak buang mereka? Saya tanya siapa nak beli dan saya jual sahajalah. Itu pun nak viral.

    Aliff berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun kelahiran tiga anaknya iaitu Qadejah Zahra, Ibraheem Adham dan Raudhah Ashiyah yang diadakan di sekitar ibu kota, pada Khamis.

    Tambah Aliff, video yang meraih perhatian ramai itu sebenarnya dirakam secara spontan dan hanya untuk hiburan dirinya sendiri.

    Saya kat rumah itu berak pun tak sempat, maksudnya saya memang tiada masa untuk diri sendiri. Jujur, video tu cuma content dan saya terlepas cakap.

    Saya terlalu sibuk, saya cuma buat live untuk content sahaja. Tak baik netizen kutuk saya. Benda buruk semua nampak, benda baik tak nampak. Saya dah padam video itu sebab kena kecam. Saya nak jadi orang baik.

    Sementara itu, isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida turut menegaskan bahawa semua kata-kata dalam video berkenaan hanyalah gurauan biasa dan suaminya langsung tiada niat untuk menjual haiwan peliharaan mereka.

    Tidaklah, mana ada dia jual kucing. Dia saja melawak. Siapa tak kenal Aliff Syukri. Sebenarnya kucing itu adalah milik anak kami, Qadejah El Zahra. Dialah yang jaga, sampai periksa kutu, potong kuku, semua dia yang buat.

    Terdahulu, tular di Threads apabila netizen berasa kecewa selepas Aliff dikatakan mahu menjual kucing tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Shaniena Natasya Ada Sebab Sendiri Pakai ‘Handbag Fake’ – ‘Bukan Benda Yang Patut Dibeli Kerana Umur Masih Muda’

    Lebih mencetuskan kemarahan apabila Aliff didakwa menyebut kucing itu sebagai ‘baka tak bagus, buruk dan hodoh’, sehingga timbul dakwaan dia mengeksploitasi haiwan.

    The post Aliff Syukri Hanya Bergurau Fasal Jual Kucing – ‘Saya Padam Video Itu Sebab Kena Kecam’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah