24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliff Aziz Mengkongsikan Lagu ‘Aku Maafkan Kamu’, kepada Siapa Beliau Berfokus? – ‘Manusia Menguatkan Aku ke Neraka’

    Shopee Sale



    Aliff Aziz

    Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencuri tumpuan wargnet selepas berkongsi lirik lagu di media sosialnya semalam.

    Apa maksud Aliff?

    aliff

    Menerusi hantarannya di Instagram Story (IG), Aliff memuat naik dua rangkap lirik lagu berjudul Aku Maafkan Kamu yang dinyanyikan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Malique.

    Selebriti berasal dari Singapura itu berkongsi lirik pada bahagian rap lagu tersebut tetapi tidak menyatakan sebarang maksud atau kapsyen pada hantaran berkenaan.

    Namun, lirik lagu itu seakan-akan memberi bayangan tentang seseorang yang dihukum oleh manusia dan juga memaafkan mereka yang tidak mengetahui tentang sesuatu perkara.

    Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah di ibu kota adalah abang iparnya, Aliff. Manakala Ruhainies didakwa telah bersekedudukan bersama aktor tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Penghantar Makanan Pimpin Warga Emas Naik Tangga Sampai Tingkat 3 – ‘Selepas Tolong Dia, Order Masuk Tak Putus’

    Aliff dan Ruhanies kemudian dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat JAWI.

    Dalam perkembangan terbaru, Bella hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suaminya.

    Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu selepas aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas alasan terlibat dengan penggambaran.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah