Usahawan Nur Nilam Ortiz memilih untuk menutup pintu hati dari mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Azlan Komeng & Nilam Kembali Erat – ‘Orang Ketiga Itu Berniat Jahat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nilam Ortiz & Azlan Komeng Berpisah? – ‘Ini Adalah Kegagalan & Ruang Untuk Menjadi Manusia Lebih Baik’
Tutup pintu hati
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nilam membuat keputusan itu setelah memberi bayangan bahawa rumah tangga yang dibina selama empat tahun bersama Azlan Komeng berakhir dengan perpisahan.
Selain itu, Nilam memaklumkan dirinya hanya memberi fokus untuk membesarkan anak sekali gus memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan.
Dengan lafaz Bismillah, aku tutup pintu hatiku untuk sesiapa yang mendekati aku dengan sekeras surah Al-Hadid, sehingga ada seseorang yang mampu membukanya dengan selembut surah Ar-Rahman.
Semoga yang baik-baik saja, fokus pada anak, doakan yang terbaik.
Perkongsiannya itu meraih perhatian netizen yang turut sebak melihat kekuatan yang dimiliki Nilam bagi menghadapi ujian yang menimpanya.
Netizen doakan




Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.
Bagaimanapun, Azlan memaklumkan kemelut rumah tangga akhirnya berakhir selepas diselesaikan dengan pegawai jabatan agama pada Julai tahun lalu.
Namun, baru-baru ini Nilam tampil memberi bayangan bahawa rumah tangga yang dibina selama empat tahun bersama Azlan Komeng berakhir dengan perpisahan.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada September 2025.
Sumber: TikTok @puan nilam ortiz
The post ‘Aku Tutup Pintu Hatiku Untuk Sesiapa Yang Mendekati’ – Nilam Ortiz Pilih Fokus Besarkan Anak first appeared on OHBULAN!.





