Pelakon Intan Najuwa mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik ucapan romantis sempena ulang tahun perkahwinan kedua bersama suami tercinta.
Artikel Berkaitan: Netizen Mengucap Tengok Harga Bib Anak Intan Najuwa – ‘Macam Bajet Makan Lunch Sebulan’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Bawa Pembantu Naik ‘Business Class’, Netizen Tanya ‘Ada Kerja Kosong?’
Ucapan Intan
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami, Dato’ Ahmad Azraf Azman yang sangat bertanggungjawab dan menyayanginya.
Selamat ulang tahun kedua buat cinta dalam hidup saya.
Ujar pelakon drama Racun Rihanna itu lagi, sejak hari pertama mereka mendirikan rumah tangga, suaminya tidak pernah membiarkannya melakukan kerja rumah, sebaliknya sentiasa memanjakan serta melindungi dirinya.
Dari hari pertama hingga sekarang, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah, tak pernah biar saya risau hal-hal kecil.
Awak manjakan saya, lindungi saya, dan sayangi saya seperti seorang puteri.
Intan turut menzahirkan rasa syukur kerana kini kehidupan mereka sebagai suami isteri semakin lengkap dengan kehadiran cahaya mata, Lunara.
Dan sekarang, dengan kehadiran bayi perempuan kita, Lunara, cinta kita terasa semakin sempurna. Saya sangat mencintai kehidupan ini bersama awak.
Perkongsian itu menerima perhatian netizen yang turut menitipkan ucapan tahniah serta doa agar rumah tangga pasangan ini terus bahagia hingga ke syurga.
Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.
The post ‘Awak Manjakan Saya, Tak Pernah Biarkan Saya Buat Kerja Rumah’ – Intan Najuwa Kongsi Ucapan ‘Anniversary’ Buat Suami first appeared on OHBULAN!.





