Seorang wanita meluahkan kekeliruan dan tekanan apabila berdepan dilema antara keinginan sendiri dan kehendak keluarganya berkaitan jumlah wang hantaran.
‘Mak minta hantaran RM15K’

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan semula di aplikasi X, wanita itu menyatakan bahawa dia berhasrat untuk memudahkan urusan perkahwinannya dengan menetapkan jumlah hantaran yang sederhana.
Namun, cadangan tersebut mendapat tentangan daripada ibunya yang berkeras mahukan jumlah yang lebih tinggi.
Rendah sangat ke kalau aku letak hantaran below RM10k dekat tunang aku. Mak aku nak RM15k juga mati-mati.
Menurut wanita itu lagi, niatnya bukan untuk merendahkan nilai dirinya tetapi sekadar ingin memudahkan urusan mereka sebagai pasangan yang sedang membina kehidupan baru.
Aku cuma nak mudahkan urusan kahwin kita orang je, sebab banyak lagi benda nak kena bayar lepas kahwin.
Lebih menyedihkan apabila ramai berfikiran sekiranya lelaki tidak mampu memenuhi jumlah hantaran yang tinggi, mereka sering kali dianggap tidak berusaha atau tidak bersungguh-sungguh dalam perhubungan.
Tapi kenapa bila lelaki tak mampu bagi hantaran banyak dipandang macam dia tak ada effort pula.
Perkongsian ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang bersetuju bahawa isu hantaran sering menjadi beban tambahan dalam proses perkahwinan.
Ada juga yang berpandangan bahawa pentingnya komunikasi dan persefahaman antara pasangan serta keluarga untuk mencari jalan terbaik.
Sumber: MeinMokhtar
The post ‘Aku Minta Bawah RM10k Sebab Nak Mudahkan Urusan Kahwin’– Wanita Bingung Ibu ‘Demand’ Hantaran Tinggi first appeared on OHBULAN!.





