30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Puji Suami Anzalna Nasir Tundukkan Pandangan Dari Lihat Model – ‘Dia Menghormati Isteri’

    Shopee Sale

    Tindakan suami kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki, yang sentiasa menjaga pandangannya telah meraih perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anzalna Nasir ‘Sound’ Individu Tawar Diri Jadi Madu, Siap Nak Kongsi Resipi – ‘Yang Nak Sangat Suami Saya Kenapa?

    MENARIK:  Khairy Jamaluddin Alami Detik Cemas, Hampir Pitam Sebab Topeng Menyelam Ketat – ‘Itu Terjadi Semasa Hari Pertama Test Dive’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anzalna Nasir Seloroh Suruh Suami Tidur Luar, Respon Anak Bikin Netizen Ketawa – ‘Mummy Nak Duit Ke Tak Nak?’

    Jaga pandangan

    " data-video-id="7576567775267785991" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @anzalnanasir

    Dugaan buat Hanif 🤭 Miss Universe depan mata, model hot! Are you okay @Hanif Zaki ? Asyik tunduk je dari tadi, risau pula tengkuk tu. Tapi baguslah maintain macam tu 😂 Jinak betul dia hahahahahahahahahahhahhahahahhahahahahhahahahahhahahahhahahahahhahahahhahahahahhahahhahahhahahahhahahahhahahahahhahahahahahahhahahahhahahhahahahahhahahahhahahahhahahhahahahhahahahhahahahahh

    ♬ Funny – Gold-Tiger

    Menerusi perkongsian di TikTok, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 37, dan Hanif bersama-sama menghadiri ke sebuah majlis pertunjukan fesyen.

    Namun, yang menarik perhatian adalah gelagat Hanif yang hanya bermain telefon bimbit kerana mahu mengalihkan pandangannya daripada melihat model-model wanita.

    Dugaan buat Hanif, Miss Universe depan mata, model hot!

    Okay ke Hanif? Asyik tunduk je dari tadi, risau pula tengkuk tu.

    Tapi baguslah maintain macam tu. Jinak betul dia.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan tindakan Hanif yang sentiasa menundukkan pandangannya dan menghormati isteri.

    Dalam masa yang sama, warganet menyifatkan Hanif sebagai seorang lelaki yang bertuah kerana Anzalna juga mempunyai kecantikannya yang tersendiri.

    Sekadar info, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

    Sumber: TikTok Anzalna

    The post [VIDEO] Netizen Puji Suami Anzalna Nasir Tundukkan Pandangan Dari Lihat Model – ‘Dia Menghormati Isteri’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah