26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL40: Wani Kayrie Terharu ‘Cak Cak Cekuk’ Diramal Menang Persembahan Terbaik – ‘Berapa Bas Penari? Nantikan’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Wani Kayrie mengakui terharu apabila lagu Cak Cak Cekuk nyanyiannya diramal mempunyai peluang cerah untuk memenangi kategori Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

    Artikel Berkaitan: AJL40: KOI Dedah Sebab Kekal Bertopeng, Kadang ‘Lari’ Ambil Nafas Di Acara

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Terlupa Hari Lahir Gara-Gara Sibuk Buat Persiapan AJL40, Kahwin Masih Dalam Wishlist

    Persembahan meriah!

    Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, berkata sokongan dan harapan peminat menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk memberikan persembahan terbaik di pentas berprestij itu.

    Apabila ada mengharapkan lagu Cak Cak Cekuk berpeluang untuk menang Persembahan Terbaik, sudah pasti saya gembira. Apabila orang berharap, itu memberi tanggungjawab besar untuk saya beri yang terbaik.

    Namun, untuk saya terlalu selesa dengan harapan itu pun tidak boleh juga. Bagi saya, apa pun boleh terjadi. Kategori Persembahan Terbaik itu akan dinilai dari pelbagai sudut, juri profesional akan menilai.

    Apa yang mampu saya lakukan adalah berikan yang terbaik dan menghiburkan mengikut kemampuan lagu berkenaan.

    Wani berkata demikian ketika ditemui pada acara Meet & Greet AJL40 yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya’ – Zarina Anjoulie Mohon Maaf, Mengaku Dapat Tajaan Sepenuhnya Pembedahan Hidung

    Mengulas persiapan persembahan, Wani memberi bayangan dia bakal tampil dengan persembahan yang meriah dan menghiburkan, termasuk membawa barisan penari untuk mengiringinya di atas pentas.

    Berapa bas penari saya tidak kira, nantikan. Tetapi sudah semestinya saya mahu berikan satu persembahan yang meriah. Saya harap bila penonton lihat, mereka akan rasa seronok dan ingin menari bersama.

    Persiapan menjelang AJL sudah bermula, saya sudah masuk kelas vokal dan selepas ini mahu berlatih menari dengan penari-penari pula.

    Cak Cak Cekuk merupakan lagu ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh, manakal lirik ditulis orang yang sama.

    Untuk rekod, AJL40 bakal berlangsung secara langsung pada 15 Ogos ini dari Unifi Arena, Bukit Jalil dan akan dipancarkan menerusi TV3 bermula jam 9 malam.

    The post AJL40: Wani Kayrie Terharu ‘Cak Cak Cekuk’ Diramal Menang Persembahan Terbaik – ‘Berapa Bas Penari? Nantikan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah