32 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #AJL38: [VIDEO] Nasihat Ibunda Meninggal Menjadi Inspirasi Bagi Khai Bahar Untuk Meneruskan Karier

    Shopee Sale



    khai ajl38

    Berbekalkan nasihat daripada arwah ibu, Allahyarhamah Rosnah Muhammad, penyanyi Khai Bahar menjanjikan persembahan terbaik pada malam Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan berlangsung pada Mac nanti.

    Pesanan arwah ibu 

    khai ajl38

    Ketika ditemui Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata arwah ibunya pernah menitipkan pesanan untuk dia meneruskan kerjaya sebagai anak seni.

    Saya masih ingat pesan dia semasa dia masih ada lagi. Dia kata walau apa pun terjadi..walaupun dia sudah tiada saya tetap kena teruskan karier.

    Bila dia tahu saya masuk AJL dia suruh saya buat betul-betul.

    Khai berkata demikian di majlis Meet & Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlangsung di Pasar Seni baru-baru ini.

    Bercerita tentang persiapan AJL38, Khai yang bakal membawa lagu Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali akui lebih selesa bertanding secara duet berbanding solo.

    Difahamkan, mereka bakal membawa konsep Jepun di atas pentas anugerah berprestij itu. 

    Nabila sudah banyak peningkatan, daripada nyanyian dan semua, jadi saya yakin dia boleh buat yang terbaik.

    Saya pun bila dapat ke AJL dengan lagu duet ini, saya rasa gemuruh itu kurang sedikit berbanding lagu solo. Jadi saya rasa begitu juga dengan Nabila.

    ‘Chemistry’ tu dah ada, kami pun dah saling mengenali. InsyaAllah kami akan buat sebaik mungkin. 

    Bila ada pasangan atas pentas, mereka akan bagi ‘energy’, jadi itu membuatkan saya rasa lebih baik.

    Terdahulu, ibu kepada penyanyi itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11.00 pada 2 Januari lalu ketika dalam tidur.

    MENARIK:  Abby Abadi Tegur Norman Hakim? – 'Tak Boleh Dihubungi? Buat Gaya Ke Apa Ni?'

    Untuk info, AJL38 bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu bersaing dan diadili oleh barisan juri professional yang dilancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Siapakah yang layak menjadi juara dan dinobatkan sebagai lagu terbaik bagi AJL38? Adakah sejarah baru bakal tercipta? Debaran kian terasa, sama-sama kita nantikan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah