26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisha Retno Alami ‘Panic Attack’ & Pengsan, Minta Maaf Tak Dapat Balas Mesej – ‘Saya Sedang Berehat’

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno menyatakan dia kini sedang fasa berehat selepas pengsan ketika berada di belakang pentas pada program Grand Finale Talk To My Manager (TTMM), pada malam Ahad.

    Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM

    Artikel Berkaitan: ‘Kesihatan Amad Tiada Masalah, Cuma Sebelum Buat Persembahan Mungkin Alami Ketidakselesaan’

    Serangan panik

    Menurut Aisha, dia mengalami serangan panik namun memilih untuk tidak mendapatkan rawatan di hospital.

    Ada di situ dengan penuh semangat meskipun tumbang seketika (pengsan). Kepada yang bertanya, saya tidak ke hospital sebab saya enggan ke sana.

    Alhamdulillah, pengsan mengejut dan serangan panik (semalam) hanya berlangsung beberapa jam sahaja.

    Sekarang saya sudah sedar walaupun belum pulih sepenuhnya.

    Aisha memberitahu keadaan dirinya menerusi hantaran di Instagram Stories, pada Isnin.

    Satu penghormatan kongsi kemenangan

    Aisha, 25, turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej kenalan dan peminat yang mengambil berat mengenai keadaan kesihatannya.

    Saya sedang berehat sekarang, maaf belum dapat balas mesej. Insya-Allah saya akan jawab apabila sudah kuat untuk bangun dan berjalan.

    Doakan kesihatan saya. Saya juga mendoakan semua yang menonton berada dalam keadaan sihat selalu selalu. Kesihatan memang keutamaan.

    Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam turut menitipkan ucapan tahniah atas kemenangan Marsya sebagai juara TTM musim pertama.

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Syukur Tersenarai Dalam Top 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia Untuk 10 Tahun Berturut – ‘Satu Penghargaan Atas Usaha Untuk Agama’

    Puji pelantun lagu Ketipak Ketipung Raya, Marsya bakal menjadi bintang yang menyinar dalam industri seni.

    Sumber: Instagram

    The post Aisha Retno Alami ‘Panic Attack’ & Pengsan, Minta Maaf Tak Dapat Balas Mesej – ‘Saya Sedang Berehat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah