27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisar Khaled Nasihat ‘Influencer’ Jangan Hasilkan Konten Bod*h, Perlu Ada Nilai Pengajaran Untuk Orang Ramai

    Shopee Sale



    Aisar Khaled

    Selebriti media sosial, Aisar Khaled menasihati pencipta kandungan agar tidak melakukan konten yang kurang bijak sehingga mengundang masalah kepada orang lain.

    Konten ada pengajaran

    Aisar Khaled

    Aisar, 25, berkata, konten yang dihasilkan seharusnya mengandungi pengajaran dan nilai murni yang boleh dijadikan manfaat kepada penonton.

    Nasihat saya kepada semua pencipta konten, sekiranya kandungan yang dihasilkan tidak bermanfaat atau tidak betul, perlu diperbaiki pada masa akan datang.

    Pastikan setiap konten yang dihasilkan mempunyai input dan mengandungi pengajaran yang boleh diambil oleh orang ramai.

    Tambah Aisar, dia yang juga pencipta kandungan memahami bahawa setiap ‘content creator’ mahu menghasilkan konten yang boleh meraih perhatian, namun perlu menjaga limitasi dan sensitiviti.

    Saya faham setiap konten yang dihasilkan bertujuan mahu raih perhatian, mereka mahu lebih ramai orang yang tonton. Adakala pencipta konten buntu dari segi idea.

    Untuk menghasilkan konten perlu sebenarnya dipantau oleh orang di sekeliling agar konten yang dihasilkan bagus dan bermanfaat.

    Terdahulu, dua pempengaruh dari Malaysia menerima kecaman apabila melakukan konten mendakwa kawan mereka telah hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia. Namun, polis Indonesia mengesahkan kejadian itu adalah palsu.

    MENARIK:  Malam Kemuncak ABPBH 37 Berlangsung 12 Disember Ini, Raja Azura & Shiha Zikir Bergandingan Sebagai Hos

    Tidak lama kemudian, dua pempengaruh tersebut tampil memohon maaf kepada semua pihak dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sama pada masa akan datang.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah