29.9 C
Kuala Lumpur
Friday, January 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Air Mineral Atau Air Minuman Biasa: Mana Lebih Sesuai Untuk Kesihatan Anda?

    Shopee Sale

    Air adalah sumber kehidupan yang paling asas dan penting bagi setiap manusia. Setiap hari, kita memerlukan cecair untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik bagi menyokong metabolisme dan mengekalkan hidrasi.

    Artikel Berkaitan: Rahsia Sihat & Bertenaga, Ini Manfaat Kopi Yang Ramai Tak Tahu

    Artikel Berkaitan: Kenali Khasiat Matcha: Mampu Hindari Virus Covid-19 & Penyakit Jantung

    Air minuman diproses

    Terdapat pelbagai jenis air di pasaran termasuk air minuman biasa dan air mineral, yang kadang kala mengelirukan pembeli.

    Rata-rata orang menganggap air minuman sama dengan air mineral, namun kedua-duanya berbeza dari segi nutrien, proses, dan impak terhadap kesihatan.

    Air minuman merujuk kepada air yang telah melalui proses rawatan dan penapisan agar selamat untuk diminum.

    Ianya boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti air paip atau air tanah, namun mesti melalui kaedah pembersihan seperti penapisan, penambahan klorin atau rawatan UV untuk menghapuskan kuman.

    Sebahagian besar air botol yang dilabel sebagai ‘air minuman’ sebenarnya telah diproses untuk memenuhi piawaian keselamatan.

    Air minuman lebih mudah didapati kerana harganya lebih rendah, sesuai untuk penggunaan harian dan kandungan mineralnya dikawal atau ditambah secara buatan.

    MENARIK:  Mandi Malam, Mitos Atau Memang Bahaya? Ini Penjelasan KKM

    Air mineral rasa lebih segar

    Air mineral pula berasal daripada sumber semula jadi, seperti mata air gunung atau kawasan bawah tanah yang kaya dengan mineral.

    Berbeza dengan air minuman biasa, air ini tidak memerlukan rawatan kimia yang berat kerana ia secara semula jadi mengandungi mineral penting seperti kalsium, magnesium dan potasium yang menyokong kesihatan tubuh.

    Di samping itu, air mineral juga mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ia mengandungi mineral semula jadi yang bermanfaat untuk tubuh, memberikan rasa yang lebih segar dan asli berbanding air biasa, serta tidak melalui banyak proses rawatan kimia.

    Pilihan antara air minuman dan air mineral bergantung kepada keperluan masing-masing. Sekiranya anda mencari air yang mudah diperoleh dan kosnya rendah, air minuman adalah pilihan yang praktikal.

    Sebaliknya, jika anda lebih mementingkan kandungan mineral semula jadi dan tidak keberatan dengan harga yang sedikit lebih tinggi, air mineral adalah lebih sesuai.

    Kepentingan utama ialah memastikan bahawa air yang diminum bersih dan selamat untuk kesihatan.

    Sumber: Medik Go

    The post Air Mineral Atau Air Minuman Biasa: Mana Lebih Sesuai Untuk Kesihatan Anda? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah