Pelakon Fasha Sandha menafikan dakwaan kononnya dia berhenti mengikuti seseorang di media sosial seperti yang didakwa ramai.
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Minta Netizen ‘Move On’, Kongsi Hukum Hadiri Majlis Kahwin Wajib – ‘Amira & Fattah Melayan Kami Dengan Baik’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kekalkan Hubungan Baik Dengan Artis Senior, Tanpa Mereka Tiadalah Yang Baru’ – Fasha Sandha
Nafi ‘remove followers’
View this post on Instagram
Dalam satu sesi siaran langsung bersama penyanyi Siti Sairah Tarudin, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 41, sebaliknya menegaskan bahawa tindakan memadam pengikut di media sosial bukanlah sesuatu yang dilakukannya.
Saya tak pernah follow sesiapa, itu bukan diri saya. Saya tak pernah unfollow sesiapa pun.
Tak kisahlah siapa pun, saya tak akan unfollow. Walaupun bekas suami, kami masih mengikuti antara satu sama lain. Kita tak akan unfollow, itu bukan budaya saya.
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan 2 ini juga mendedahkan bahawa dia baru sahaja tahu mengenai fungsi ‘remove followers’ di platform media sosial selepas dimaklumkan oleh pekerjanya.
Agak terkejut ya, tiba-tiba macam… eh!
Semalam baru tahu daripada staff saya. Tak ada motif pun. Sebab itulah saya rasa benda ni kena beritahu orang ramai, biar semua tahu fungsi tu. Kena kongsi knowledge ni.
Bila diri sendiri yang remove orang, dia nampak macam kita yang unfollow, padahal sebenarnya kita yang remove.
Jadi macam budaya follow-unfollow ni bukan budaya saya.
Tapi saya okay je, boleh diibaratkan macam plot twist jugalah.
Susulan daripada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini berharap agar orang ramai lebih bijak menilai dan memahami fungsi sebenar media sosial agar tidak membuat andaian terhadap sesuatu situasi.
Kadang-kadang orang boleh salah faham dengan apa yang nampak. Tapi sebenarnya lain. Jadi saya harap perkongsian ni dapat beri ilmu kepada semua tentang ‘remove followers’ tu.
Terdahulu, timbul spekulasi apabila Fasha Sandha didakwa tidak lagi mengikuti akaun Instagram milik aktres Fazura, selepas perkara itu disedari oleh seorang pengguna di aplikasi Threads.
Pendedahan tersebut pantas mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, memandangkan kedua-duanya sebelum ini dikenali sebagai sahabat rapat.
Sebelum ini, Fasha pernah mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa ugutan daripada peminat Fazura yang didakwa tidak berpuas hati dengan kehadirannya ke sebuah majlis yang turut dihadiri oleh aktres berkenaan.
Sumber: IG Fasha Sandha
The post [VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Unfollow Sesiapa, Itu Bukan Diri Saya’ – Fasha Sandha first appeared on OHBULAN!.





