27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aina Abdul Mahu Terus Berkarya Hingga Usia Senja – ‘Saya Berdoa Kerjaya Ini Masih Panjang Tempohnya’

    Shopee Sale

    Terlalu cinta dengan kerjaya sebagai penyanyi dan komposer, Aina Abdul berharap karier seninya akan terus kekal lama.

    Artikel Berkaitan: Aina Abdul Enggan Guna ‘AI’ Dalam Penghasilan Lagu – ‘Melodi Datang Daripada Ilham Tuhan Tak Sama Dengan Teknologi’

    Cinta dengan muzik

    Menganggap bidang muzik sebahagian daripada dirinya, Aina, 32, mengakui minat dan cintanya terhadap seni tidak pernah pudar selain mendambakan ketenangan dalam kerjayanya.

    Sebenarnya apa yang saya mahukan adalah ingin merasai kebahagiaan dalam pekerjaan saya. Saya mahu terus melakukan perkara ini (berkarya) selama yang saya mampu. Sampai sudah tua pun, saya masih ingin melakukannya.

    Saya mahu melakukannya sehingga tua tanpa ada paksaan. Saya inginkan kebahagiaan itu, saya dambakan ketenangan dalam bekerja.

    Itulah yang paling saya mahukan. Saya berharap dan berdoa agar kerjaya ini masih panjang tempohnya. Sebab semua orang ada tarikh luput masing-masing.

    Aina berkongsi perkara itu menerusi saluran podcast Confession Bilik Gelap yang dihoskan oleh Sudirman Mohd Tahir.

    Bercerita lanjut, pemenang Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke -24 (AIM24) berpendapat, walaupun banyak pencapaian dan kejayaan telah digenggam, namun masih ada ruang kosong dalam dirinya yang belum terisi.

    Dulu kalau orang tanya apa yang saya mahukan, saya akan jawab, ‘Saya nak menang ini, nak capai itu.’ Tetapi selepas beberapa tahun, bila kejayaan itu sudah ada, masih rasa sedih, masih rasa tidak cukup dan tidak puas.

    Jadi, jawapan utama yang saya boleh katakan ialah saya hanya mahu bahagia dalam kerjaya ini dan bagaimana saya hendak mencari kebahagiaan itu, hanya Allah yang boleh memberikan saya perkara itu.

    Sekarang ini, saya masih belum dapat, belum menemui lagi dan belum berdamai dengan perkara itu.

    Restu ibu, bahagiakan pasukan

    Jelas pelantun lagu Sesaat itu lagi, selama kerjayanya sebagai pemuzik mendapat restu daripada ibunya dan memberi manfaat kepada pasukannya, itu sudah cukup membuatkan dirinya merasa bahagia.

    Apa yang terbaik adalah, selagi pekerjaan ini mendapat restu daripada ibu saya, saya gembira dan pekerja-pekerja saya terbela, saya rasa cukuplah.

    Dalam perkembangan lain, Aina tercalon dalam Paling Viral Online menerusi kategori Selebriti Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral iaitu Ainations.

    MENARIK:  Suliza Salam Menyatakan Suaminya Tidak Bersifat Menganiaya Orang Meskipun Dakwaan ‘Curi’ 4 Pita Filem Sarimah Ahmad

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.

    The post Aina Abdul Mahu Terus Berkarya Hingga Usia Senja – ‘Saya Berdoa Kerjaya Ini Masih Panjang Tempohnya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah