34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aina Abdul Bagi Semua Peminat Duduk Di Konsert Imaji Tour!

    Shopee Sale



    Aina Abdul

    Konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal berlangsung pada 27 Disember ini telah dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.

    Semua boleh duduk

    Aina Abdul

    Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, keputusan itu dibuat bagi memberikan keselesaan dan suasana eksklusif untuk para peminat yang hadir.

    Konsep ini lebih dekat dengan jiwa saya selain mahu peminat benar-benar mendengar, merasai dan menghayati setiap lagu yang dibawakan.

    Saya berharap dengan perubahan yang dibuat menambah keterujaan kepada peminat serta penonton untuk menyaksikan persembahan demi persembahan yang bakal ditampilkan.

    Potongan 30%

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by @altus_prohouse

    Dalam masa sama, pemenang tiga kali vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL) itu turut mengumumkan potongan eksklusif sebanyak 30 peratus untuk tiket di semua kategori.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Orang Hebat, Aura Pun Hebat’ – Rita Rudaini Teruja Bawa Anak Jumpa Tun M

    Tawaran itu termasuk untuk dua lokasi lain yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember ini dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari tahun hadapan.

    Saya berharap tawaran ini akan membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan setiap detik persembahan saya.

    Bagi lokasi di Zepp KL, tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.

    Untuk harga tiket di UMS dan UUM pula bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).

    Tiket boleh dibeli di laman rasmi http://www.ticket2u.com.my atau membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah