25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, November 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ain Edruce Selamat Lahirkan Anak Kedua, Sempat ‘Request’ Beef Wellington – ‘Makanan Pertama Nak Makan Adalah Dari Gordon Ramsay’

    Shopee Sale



    Pengacara dan pelakon, Ain Edruce berkongsi telah selamat melahirkan cahaya mata kedua menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs).

    Nak makan beef wellington

    Pun begitu, pemilik nama Nurulain Edruce, 33, berkata dia terpaksa menjalani pembedahan Caesarean selepas melihat kedudukan bayi.

    Alhamdulillah saya dah berjaya bersalin. Sepatutnya saya bersalin normal, bukaan 10 centimeter dah buka, tapi baby masih di atas, akhirnya kena emergency czer.

    Sementara itu, Ain turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang memilih untuk menjalani Czer ketika bersalin.

    Dalam pada itu, Ain sempat berkongsi bahawa suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa membelikannya daging lembu wellington daripada chef Gordon Ramsay kerana ia adalah satu-satunya makanan yang diinginkan selepas bersalin.

    Saya sangat hormati wanita yang buat czer sebab sakit sangat. Pertama kali nak jalan, memang menangis.

    Untu makan, satu benda sahaja yang saya minta dekat Amirul iaitu makanan pertama yang saya nak makan adalah beef wellington daripada Gordon Ramsay.

    Amirul berjaya belikan untuk saya.

    Untuk rekod, Ain telah sah bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan seorang usahawan pada Disember 2019 lalu.

    MENARIK:  Dari Lahad Datu Ke Miss World 2026, Azmier Hisyamuqris Buktikan Impian Anak Kampung Tiada Batas

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah