Pelakon Aiman Hakim Ridza berdepan cabaran luar biasa seaktu menjalani penggambaran drama bersiri terbaharu lakonannya berjudul Bad Cop apabila demam selama 10 hari dan hampir mengalami kemurungan.
Artikel Berkaitan: Malu & Segan Berlakon Dengan Aiman, Whulandry Herman Minta Izin Zahirah MacWilson – ‘Itu Cara Saya Tunjuk Hormat’
Demam 10 hari

Ketika ditemui , Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh berkata, watak yang dibawanya itu merupakan antara karakter paling berat yang pernah dilakonkannya sepanjang karier.
Watak dalam drama bersiri ini sangat berat dan sebaik sahaja masuk ke set penggambaran drama bersiri ini, saya demam selama 10 hari dan tidak boleh tidur hingga terpaksa minum ubat batuk di mana ada babak yang buat saya teringat sampai hampir mengalami kemurungan.
Ini adalah antara karakter paling mencabar kerana watak kembar di mana Emir perlu berlakon jadi Imar.
Tetapi saya tertap bersyukur kerana pengarah dan kru banyak membantu saya di set.
Aiman berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sesi penggambaran drama tersebut di Wisma Mofaz, pada Rabu.
Zahirah beri sokongan
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, bekas peserta program Mentor ini menganggap apa yang dilalui itu adalah proses biasa bagi seorang pelakon.
Dalam masa sama, dia bersyukur kerana isterinya yang juga pelakon iaitu Zahirah Macwilson banyak memberi sokongan padanya.
Alhamdulillah, isteri banyak beri sokongan ketika saya melalui proses ‘breakdown’ itu.
Saya juga pernah bercakap seorang diri dan tidak perasan yang saya sebenarnya sedang bercakap dengan isteri.
Pada masa sama, cerita ini berdasarkan pengalaman orang lain dan saya juga tidak percaya ada orang yang pernah melaluinya.
Selain Aiman, drama bersiri arahan Jason Chong itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Siti Saleha, Tony Eusoff dan ramai lagi.
The post Aiman Hakim Ridza Demam 10 Hari Bawa Watak Mencabar – ‘Saya Susah Tidur’ first appeared on OHBULAN!.





