Seorang individu meluahkan rasa kagum terhadap persembahan penyanyi Shila Amzah selepas berpeluang menghadiri konsert penyanyi itu pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Warisi Thalasemia Dari Sebelah Ayah & Dua Kali Bersalin Secara Czer.. Doktor Tak Galakkan Untuk Mengandung’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Syukur Terima Sambutan Luar Biasa Di China, Tak Ambil Pusing Soal Perbandingan Peminat Dua Negara – ‘Hanya Tempat Saja Berbeza’
Penonton kagum persembahan Shila

Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan menyifatkan Shila sebagai seorang penyanyi yang memiliki kualiti vokal luar biasa.
Menang sepasang tiket konsert Shila Amzah. Saya bukan peminat besar dia, lagu mainstream tu tahulah. Jadi saya tak jangka sesuatu yang besar.
Tapi dia memang betul-betul seorang performer. Patutlah dia popular di China.
Menurutnya lagi, pelantun lagu Memori Tercipta itu berjaya menyampaikan persembahan bertenaga walaupun tampil tanpa penyanyi latar.
Dia menyanyi seorang saja, tiada penyanyi latar pun. Tapi energinya memang terbaik. Bila tarik high note, suara dia masih jelas.
Individu itu turut memuji kualiti audio dan susunan muzik sepanjang konsert berlangsung. Malah dia juga menyifatkan persembahan tersebut jauh lebih baik berbanding tontonan di televisyen.
Bila tengok dia nyanyi live in concert macam ni lagi best compared to live tv. Rasa audio dekat DFP lagi best ke? Music arrangement pun best.
Banyak lagu dia yang saya tak familiar sebab bukan peminat, tapi seronok dengar dia menyanyi. Balik saja terus pasang playlist Shila Amzah. Memang berbaloi beli tiket konsert dia.
Sementara menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pujian diberikan terhadap vokal dan mutu persembahan Shila pada malam konsert itu.
Sumber: Threads
The post Penonton Puji Vokal & Persembahan Shila Amzah – ‘Dia Memang Seorang Performer, Patutlah Popular Di China’ first appeared on OHBULAN!.





