28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agy Berang Dituduh Pakai Mekap Setiap Masa – ‘Merentan Sangat Kenapa? Kenal Pun Tidak’

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan penyanyi, Agy meluahkan rasa kecewa dan berang apabila segelintir netizen menuduh dirinya memakai solekan setiap hari.

    Artikel Berkaitan: Agy Henti Promosi Brand Demi Hormati Situasi GSF, Tak Peduli ‘Income’ Terjejas – ‘Rezeki Allah Luas’

    Artikel Berkaitan: Agy Tangguh Semua ‘Job’ Promosi Jenama – ‘All Eyes On Sumud Now’

    Isu mekap

    Agy meluahkan rasa kecewa apabila orang ramai sering mengaitkan isu mekap dengan dirinya sehingga bertindak untuk menghakiminya tanpa usul periksa.

    Meluat lah dengan orang yang tidak habis-habis isu mekap ni. Saya dah cakap banyak kali, saya tidak pakai mekap setiap hari.

    Diam lah. Awak nak merentan sangat kenapa? Awak kenal saya pun tidak.

    Video yang pakai mekap awak jadikan isu tetapi video yang saya tidak pakai mekap awak tidak mahu komen?

    Dalam pada itu, Agy turut menjelaskan bahawa kecaman terhadapnya semakin menjadi-jadi apabila ada yang sanggup menghina rupa parasnya dan mendakwa wajahnya tidak menawan.

    MENARIK:  ‘Cincin Ini Hanyalah Permulaan Kepada Segalanya’ – Bella Astillah Kongsi Momen Pertunangan Bersama Syed Saddiq

    Malah, Agy turut membidas kenyataan tersebut dengan menyifatkan pemikiran mereka sebagai tidak sihat dan bermasalah.

    Bila tidak mekap ada juga yang merentan cakap, ‘aibnya muka tidak mekap’.

    Awak sajalah yang sempurna. Awak cantik dan saya buruk. Ada juga yang komen ‘dah mula operate muka’.

    Kalian semua sakit, maaf cakap sebab merepek.

    Sumber: Threads (1), (2)

    The post Agy Berang Dituduh Pakai Mekap Setiap Masa – ‘Merentan Sangat Kenapa? Kenal Pun Tidak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah