27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aeril Zafrel Tolak Konten ‘Murahan’ Untuk Raih Populariti – ‘Saya Risau Akan Terpalit Pada Anak-Anak’

    Shopee Sale

    Pelakon, Aeril Zafrel mengakui dirinya sentiasa berhati-hati dalam menghasilkan kandungan dan tidak menjadikan media sosial sebagai medan untuk mencipta populariti ‘murahan’.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pernah ‘Berebut’ Kekasih, Aeril Zafrel & El Azman Berdamai Selepas 15 Tahun Berselisih Faham – ‘Wanita Itu Seorang Pelakon’

    Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Wawa Zainal Seloroh Nak ‘Jual’ Suami Harga RM5 Juta, Netizen Nasihat Jaga Tutur Kata – ‘Cakap Jangan Main Sembur Je, Nanti Putih Mata’

    Aeril elak buat konten negatif

    Ketika ditemui , Aeril atau nama lengkapnyaSuhairil Sunari, 37, memilih untuk tidak terjebak dengan perkara negatif semata-mata demi mengejar populariti kerana bimbang akan terpalit kepada anak-anak.

    Saya cuba untuk tidak lakukan perkara yang negatif walaupun saya tahu ia boleh menaikkan jumlah tontonan di media sosial.

    Tapi saya risau jika saya lakukan ia akan terpalit pula pada anak-anak.

    Dalam pada itu, Aeril mengakui bahawa media sosial sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

    Namun apa yang membimbangkan apabila ada sesetengah individu sengaja mencipta kontroversi atau elemen sensasi semata-mata untuk menarik perhatian ramai.

    Media sosial sebenarnya ada pro dan kontra tapi yang tak okay apabila benda buruk yang kita buat. Perkara yang kita buat tu orang akan ingat sampai bila-bila.

    Tapi tak dinafikan, sesetengah orang sengaja cipta sesuatu isu atau konten untuk naikkan tontonan.

    Aeril berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana filem Laknat di Mid Valley, pada Isnin. 

    MENARIK:  Hana Shahadan Imbas Kehidupan Serba Daif – ‘Arwah Mak Akan Jadi Orang Terakhir Yang Makan & Hanya Makan Kerak Nasi’

    ‘Janganlah buat konten mengarut’

    Pelakon filem Abnormal: Buas itu akui kini semakin ramai yang mengambil jalan mudah untuk dikenali, terutamanya apabila populariti mereka semakin merudum.

    Ujarnya lagi, meskipun pendekatan itu mungkin memberi pulangan dari segi tontonan dan pendapatan, tetapi ia bukanlah sesuatu tindakan yang wajar dilakukan. 

    Sekarang ini saya tengok perkara itu sudah menjadi satu trend. Bila seseorang tu dah mula ‘sendu’ dan tidak dikenali, mereka akan buat sesuatu untuk tarik perhatian orang ramai.’

    Mungkin dari situ boleh mendatangkan pendapatan untuk individu tersebut.

    Kalau terdetik nak buat benda tu, fikir banyak kali. Janganlah buat konten mengarut sebab nak kejar view.

    Dalam perkembangan lain, Aeril bakal muncul menerusi filem Laknat arahan Saw Teong Hin.

    Selain Aeril filem tersebut turut dibintangi pelakon lain seperti Puteri Balqis, Jalil Hamid, Amerul Affendi, Naque Ariffin, Noorkhiriah dan Mila Mohsin.

    Laknat akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 5 Jun depan.

    The post Aeril Zafrel Tolak Konten ‘Murahan’ Untuk Raih Populariti – ‘Saya Risau Akan Terpalit Pada Anak-Anak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah