28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adriana Adnan Nasihat Majikan Tegur Pekerja Secara Peribadi – ‘Jangan Maki Hamun Depan Pelanggan’

    Shopee Sale

    Pelakon, Adriana Adnan menegur sikap segelintir majikan yang gemar memarahi pekerja di hadapan pelanggan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Makanan Memang Boleh Satukan Ramai Orang’ – Adriana Adnan

    Artikel Berkaitan: Pernah Diminta Cipta Kontroversi Demi Kekal Relevan, Adriana Adnan Kecewa Dengan Industri – ‘Mereka Kata Nama Saya Terlalu Clean’

    Tarik tepi

    Menerusi perkongsian di Threads, Adriana berkata tindakan memarahi atau memalukan staf di hadapan orang ramai bukan sahaja memberi kesan kepada emosi pekerja, malah turut menjejaskan imej perniagaan itu sendiri.

    Kalau nak marah staf atau pekerja, tarik ketepi. Tegur in private. Faham, marah dan kecewa tapi tengok keadaan sekeliling.

    Jangan makin hamun pekerja depan pelanggan yang tak perlu tahu pun apa masalah kalian. Pelanggan nak beli pun rasa serba salah dan segan terpaksa tengok situasi tersebut.

    Kata Adriana, dia sememangnya memahami cabaran mencari rezeki dalam bulan puasa apatah lagi dengan cuaca panas dan kerenah staf yang kadangkala menguji kesabaran.

    MENARIK:  [VIDEO] Fiza Halim Sambut ‘Birthday’ Bersama Kekasih, Netizen Doa Cepat Kahwin

    Bagaimanapun, baginya tidak salah sekiranya menahan sabar dengan menjaga etika daripada memarahi pekerja di khalayak ramai.

    Nak marah sangat atau nak tegur tunggu bila pelanggan dah gerak. Pekerja tak malu dan pelanggan pun tak segan.

    Lainlah kalau pekerja tu buat hal dekat pelanggan atau sebaliknya. Yang tu boleh tegur secara terus dan boleh terus minta maaf sesama mereka.  

    Sumber: Threads

    The post Adriana Adnan Nasihat Majikan Tegur Pekerja Secara Peribadi – ‘Jangan Maki Hamun Depan Pelanggan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah