32 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rosyam Nor Terkejut Berita Rumah Pelacuran Untuk Warga Asing Viral, Meminta Maaf

    Shopee Sale



    rosyam nor pelacur

    Berikutan cadangan untuk mewujudkan pusat pelacuran bagi pekerja warga asing yang hangat diperkatakan sejak semalam, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor akhirnya tampil memberi penjelasan.

    Hanya video promo

    Rosyam Nor

    Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Rosyam terlebih dahulu meminta maaf atas pendapat yang disuarakannya itu malah dia sama sekali tidak menyangka bahawa isu tersebut akan mendapat perhatian ramai.

    Kecoh betul satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran yang kononnya saya buat kenyataan. Apa-apa pun saya minta maaf, sebab saya tak sangka ini akan jadi viral yang sangat besar.

    Aktor dan penerbit ini menjelaskan bahawa, kenyataan tersebut hanyalah potongan daripada perbincangan isu pornografi menerusi sebuah podcasts.

    Dia kemudian meminta orang ramai untuk menonton podcasts penuh berkenaan isu tersebut agar tidak timbul sebarang spekulasi.

    Tapi sebenarnya itu adalah promo untuk program podcast saya dekat Suhan Channel yang tajuknya adalah otak porno.

    Itu adalah perbicangan, jadi saya rasa baik semua orang pergi ke Suhan Channel tengok video yang sepenuhnya, apa yang diperbincangkan.

    Terima kasih kerana peka dengan keadaan. Apa pun sekali lagi, saya minta maaf di atas kecelaruan yang berlaku.

    Terdahulu, demi mengurangkan risiko kes rogol di negara ini, Rosyam memberi pendapat bahawa pusat pelacuran boleh dijadikan tempat untuk pekerja asing melepaskan nafsu mereka.

    MENARIK:  Netizen Prihatin Terhadap Penyanyi Muda Siti Nurhaliza, Ibu Bela - 'Bakat Sendiri'

    Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah menimbulkan perasaan kurang senang oleh banyak pihak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah