27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Adik’ Digigit Ular, Lelaki Tak Sempat Nak ‘Membuang’ – ‘Saya Geram & Pukul Berkali-Kali Sampai Mati’

    Shopee Sale



    Malang tidak berbau buat seorang lelaki di Thailand apabila kemaluannya digigit ular ketika hendak membuang hajat di tandas.

    ‘Adik’ digigit ular

    Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki tersebut menjelaskan bahawa dia mempunyai satu tabiat akan mengepam air sebelum duduk di atas mangkuk tandas.

    Walaupun sudah mengambil langkah berjaga-jaga, dia kemudiannya merasakan gigitan yang teramat kuat di bahagian kemaluannya sejurus selepas duduk di mangkuk tandas tersebut.

    Pukul ular berkali-kali

    Lelaki tersebut kemudiannya cuba bangun dan menarik ular sawa itu keluar daripada mangkuk tandas tetapi cubaannya itu tidak berjaya.

    Ketika itu, saya tidaklah merasa sakit sebaliknya hanya terkejut dengan situasi itu.

    Saya cuba tarik ular itu tetapi tidak berjaya.

    Oleh kerana terlalu berang dengan ular itu yang menggigit kemaluannya, lelaki tersebut mencapai berus tandas yang berhampiran dan memukul reptilia itu sehingga tidak bernyawa.

    Saya berang, geram dan marah lantas saya memukulnya berkali-kali sehingga mati.

    Selepas kejadian itu, lelaki tersebut meminta bantuan jiran bilik untuk membawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

    MENARIK:  Isteri Membunuh Suami Dengan Racun, Mayat Dibuang Dalam Kandang Kambing

    Dia juga sempat memberikan pesanan kepada orang ramai untuk berhati-hati ketika berada di dalam tandas memandangkan sedang musim hujan yang berpanjangan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah