25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adi Putra Toksik Dalam Rumah Tangga? Amyra Rosli Tak Mahu Terus Terseksa

    Shopee Sale



    Dalam diam, dia menyimpan luka. Dalam duka, dia menanggung derita.

    Itulah yang dapat disaksikan penonton menerusi drama terbaharu yang bakal disiarkan di slot Samarinda TV3 yang bertajuk ‘Sekam Di Dada’.

    Perkahwinan penuh amarah

    Diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd dan diarahkan oleh Zamri Zakaria, drama ‘Sekam Di Dada’ ini  mengupas hidup Orkid (Amyra Rosli), seorang guru mengaji yang tiba-tiba menuntut cerai setelah suaminya, Nasir (Datuk Adi Putra), jatuh sakit dan kehilangan keupayaan berjalan akibat jangkitan kuman pada saraf tunjang.

    Namun, keputusan Orkid mencetuskan kemarahan bukan hanya buat Nasir, tetapi juga anak-anak mereka, Nazman (Apich Lo) dan Sara (Auni Yusri), yang bergelut dengan perasaan tidak percaya.

    Ketegangan memuncak apabila Nazman berasa dikhianati oleh ibunya sendiri, menyifatkan ibunya sebagai kejam, curang, dan bermacam-macam lagi, hanya kerana dia mempercayai kata-kata ayahnya.

    Sementara itu, isterinya, Noreen (Qistina Khaled) dan Sara memilih untuk tidak terburu-buru menghukum. Mereka percaya, seorang ibu tidak akan bertindak tanpa sebab, dan Orkid berhak diberi ruang untuk menjelaskan dirinya.

    Namun, segalanya bertambah perit apabila impian Orkid untuk menyambung pelajaran sampai ke pengetahuan Nazman. Dia malah mentertawakan ibunya, memperlekeh cita-citanya, dan menegaskan bahawa satu-satunya impian yang layak dimiliki Orkid ialah memenuhi tanggungjawab terhadap suaminya.

    MENARIK:  Sweet Qismina Pernah Kecewa Belum Ada Rezeki Tiada Anak, Pesan Orang Ramai Jaga Percakapan Dengan Wanita TTC

    Luka di dalam hati Orkid semakin parah, membuatkannya memilih untuk menghilangkan diri. Keadaan semakin kacau apabila Arif (Josiah Hogan), kekasih lama Orkid, muncul dengan agenda tersembunyi, ditambah pula dengan Rozi (Puteri Sarah Liyana), isterinya, yang tidak mahu kalah. 

    Dibarisi pelakon hebat

    Menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Adi Putra, Amyra Rosli, Josiah Hogan, Puteri Sarah Liyana, Auni Yusri, Apich Lo, Qistina Khaled, Nadia Brian, dan Arash Mohamad, drama ini menjanjikan kisah penuh air mata, dendam, dan permainan narsistik yang mengikat jalan cerita.

    Namun, satu persoalan masih menghantui, apa yang membuatkan Nasir begitu sukar melepaskan Orkid?

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan ‘Sekam Di Dada’ bermula hari ini dan akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam!

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah