32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adam Lee & Sweet Qismina Kunci Mulut Isu Perceraian Rakan Artis, Fokus Rumah Tangga Sendiri – ‘Kami Pun Ada Aib Yang Kena Jaga’

    Shopee Sale



    Pasangan pelakon, Sweet Qismina dan suami, Adam Lee enggan masuk campur dan mengulas berhubung isu rumah tangga membabitkan rakan selebriti.

    Sweet, Adam kunci mulut

    Ketika ditemui , Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi, 27, mengakui dia dan suami lebih selesa mengunci mulut daripada mengulas isu tersebut.

    Apa sahaja yang berlaku dalam industri kami ambil pendirian enggan kongsi atau sokong mana-mana pihak. Kami lebih selesa untuk berdiam diri.

    Sebab kami pun ada aib yang kena jaga dan ada rezeki yang Allah tengah jagakan.

    Sweet berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran filem Babah yang berlangsung di Menaran KEN TTDI, pada Isnin.

    Sementara itu, pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, berkata dia dan Sweet lebih menfokuskan kepada rumah tangga sendiri dan memperbaiki diri ke arah lebih baik daripada masuk campur hal orang lain.

    Kami pun tak tahu perhubungan kami macam mana walaupun kami jaga sebaik yang mungkin, sebab semua itu rahsia Allah.

    Cuma sekarang bila dah bergelar suami, saya lebih fokus ke arah memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan agama.

    Sekadar info, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022 dan baru sahaja menyambut ulang tahun kedua perkahwinan mereka beberapa hari lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Linda Rafar Doa Mahu Mimpi Memen Selepas Tiga Bulan Terngiang Suara – ‘Saya Mimpi Dapat Panggilan Telefon’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah