Selain netizen, pendakwah selebriti, Haris Ismail turut meluahkan rasa kecewa terhadap seorang rakan artis yang menjadikan isu dirinya merentas negeri sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 pada 2021 sebagai bahan jenaka.
Artikel Berkaitan: PU Riz Mohon Henti Ungkit Isu Rentas Negeri, Akui Masih Rasa Bersalah Terhadap Bilal – ‘Peristiwa Durjana, Perit Ditelan’
‘Kotak-katik maruah saya’

Menerusi perkongsian di Instagram, Haris atau mesra disapa PU Riz, 30, berkata, maruahnya seperti dipermainkan dan menegaskan isu tersebut tidak seharusnya dijadikan konten demi meraih perhatian khalayak ramai.
Ada pelawak yang kontang idea, mengotak-katikkan maruah saya di hadapan ribuan, bahkan jutaan rakyat Malaysia.
Semasa panggilan, skrip diberitahu tentang watak ustaz yada-yada (sekian-sekian), langsung tiada sebut awal-awal berkenaan isu peribadi akan dimainkan.
Lebih mengecewakan, Riz berkata, individu yang mempersendakan isu tersebut merupakan sahabat baiknya yang sama-sama menyertai sebuah program suatu ketika dahulu.
Tambahan pula yang mencetuskan itu sahabat baik dalam program Pencetus Ummah suatu ketika dahulu.
Dengan sangkaan baik dan persahabatan aku kira suci, dirobek begitu sahaja demi mengajar rating yang entah ke mana arahnya.
Sehingga detik ini, dia masih menyimpan mesej yang saya kirimkan, menerangkan kekecewaan yang tiada penghujungnya. Sahabat saya tidak ramai. Maka jika berkawan, saya bersahabat sungguh-sungguh.
Begitu pun hatinya terguris, suami kepada Noor Neelofa itu memilih untuk memaafkan individu terbabit dan berharap seandainya waktu boleh diputar kembali, dia tidak ingin situasi berkenaan berlaku.
Walaupun demikian, kerana hal ini sudah lama berlalu, saya maafkan. Selaras dengan apa yang disuruh Tuhan dan kisah Wahsyi dan Nabi Muhammad, saya membawa inspirasi yang sama.
Jika masa boleh diundurkan dan wujud butang ‘delete’, inilah detik yang ingin saya padam jauh-jauh dari hidup saya.
Walaupun hampir empat tahun berlalu, komen seperti ‘karpet ada jual tak? Nilai dekat Selangor ke?’ masih muncul di media sosial.
Tiada apa yang boleh saya lakukan, tulisan ini juga bukan satu desakan atau permintaan, cuma ihsan kita semasa Muslim.
Sumber: Instagram
The post ‘Ada Pelawak Kontang Idea, Mengotak-Katikkan Maruah Saya Hadapan Jutaan Rakyat Malaysia’ – PU Riz first appeared on OHBULAN!.





