28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ada Mak Cik Tak Dikenali Tiba-Tiba Cium Ayana’ – Aqil Zulkiflee Larang Sentuh Anak Tanpa Kebenaran

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee melarang sesiapa sahaja daripada mencium atau menyentuh cahaya matanya tanpa kebenaran.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqil Zulkiflee Rai Anak Cecah Umur Sebulan Atas Rumah Bot, Netizen Seloroh – ‘Kalau Setahun Mungkin Atas Awan’

    Artikel Berkaitan: Aqil Zulkiflee Dedah Wajah & Nama Anak – ‘Ayana Aqilah, Anak Perempuan Sulung Saya’

    Cium & sentuh

    Menerusi perkongsian di Threads, Aqil berkongsi bahawa dia berdepan dengan situasi yang tidak diingini apabila seorang wanita mencium anaknya yang baharu sahaja berusia sebulan itu.

    Risau dengan keadaan anak, Aqil amat berharap perkara tersebut tidak berulang lagi.

    Jangan cium atau sentuh anak orang tanpa kebenaran.

    Semasa di hospital untuk pemeriksaan Ayana, ada seorang mak cik yang tidak dikenali berborak-borak dengan Iliya tiba-tiba dia terus cium.

    Saya pula dekat kaunter tengah bayar bil hospital. Tak sempat nak tegur, laju je cium anak orang.

    Janganlah macam itu ya.

    Netizen setuju

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan pempengaruh itu dan menyokong tindakannya yang dapat memberi kesedaran kepada orang ramai.

    MENARIK:  [VIDEO] Ramai Rindu Tengok Lakonan Abon, Anak Dedah – ‘Ayah Dah Bersara, Sekarang Happy Jaga Cucu’

    Terdahulu, Aqil dan isteri Nur Iliyaa Jasmina Roslan memaklumkan anak perempuan mereka yang dilahirkan pada 12 September lalu diberi nama Ayana Aqila.

    Untuk info, Aqil dan Iliya mendirikan rumah tangga pada 20 Julai 2024.

    Sumber: Threads Aqil Zulkiflee

    The post ‘Ada Mak Cik Tak Dikenali Tiba-Tiba Cium Ayana’ – Aqil Zulkiflee Larang Sentuh Anak Tanpa Kebenaran first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah