Penyanyi Nourul Depp mendedahkan bahawa seorang individu telah memintanya membatalkan konsert For You Nourul yang sebelum ini dirancang.
Artikel Berkaitan: ‘Kisah Itu Sudah Empat Tahun Berlalu, Saya Hanya Cerita Semula & Bukan Untuk Tunjuk Keburukan Dia’ – Nourul Depp
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Orang Ketiga Yang Menghasut & Beri Idea Kepada Anak Saya Atas Kepentingan Diri Sendiri’ – Nourul Depp
Ada perancangan sendiri

Ketika ditemui oleh , Nourul Deep, atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, mendedahkan kejadian itu berlaku semasa dia pulang meraikan Aidilfitri baru-baru ini.
Ada seorang hamba Allah ini datang suruh saya batalkan konsert ini sebab dia mahu buat sesuatu yang lain untuk saya.
Dia kata pada saya ‘Batalkan konsert awak ini’.
Jadi, saya hairan macam mana saya mahu batalkan?
Dia jawab dia ada proposal yang kukuh.
Dia cakap kepada saya awak kena batal, ‘Awak buat dengan saya di sini kita buat di Axiata Arena.’
Bagi saya sudah tentu itu peluang.
Saya kata boleh, tetapi saya kena teruskan dengan For You ini bukan sebab ego.
Tetapi sebab saya ada rancangan sendiri untuk persembahan itu.
Nourul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert For You Nourul yang berlangsung di Suria KLCC pada Selasa.
Perlu jadi diri sendiri

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Aku Cinta Aku Rindu’ itu memilih untuk menolak tawaran tersebut kerana mahu berpegang kepada prinsip hidupnya.
Saya tidak rasa ralat sebab saya ada matlamat dan sasaran saya.
Benda sudah berjalan.
Saya sudah ada pasukan perhubungan awam, pasukan produksi dan pemuzik sendiri yang sudah dibayar semuanya.
Peninglah mereka nanti.
Perjalanan itu tidak cantik.
Memang betul orang itu akan bayar balik semua kos tetapi saya tidak akan dapat buat apa yang saya mahu.
Saya tidak akan dapat jadi diri saya.
Saya perlu jadi diri sendiri.
Buat apa saya belajar ilmu mencari diri, tetapi tidak digunakan dalam konsert ini.
Sebab itulah saya guna tajuk konsert For You sebab mahu tunjuk itu untuk peminat dan ini juga untuk saya.
Ujarnya lagi, konsert yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 April ditunda ke 30 Mei susulan masalah peribadi penganjur asal, dan kini diteruskan melalui syarikat milik Nourul sendiri.
Pihak penganjur tidak menipu saya.
Niat dia memang baik dan dia juga adalah peminat saya.
Arwah ibunya pun minat saya.
Tetapi dia ada masalah peribadi lain, iaitu rakan kongsi dia menipunya.
Dia memang okey tetapi ada masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Dia ada minta maaf kepada saya sangat-sangat.
Tiket yang sudah terjual dibawah syarikatnya juga diberikan kepada saya.
The post ‘Ada Hamba Allah Suruh Batalkan Konsert, Sebab Dia Mahu Buat Sesuatu Yang Lain Untuk Saya’ – Nourul Depp first appeared on OHBULAN!.





