34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000 Daripada Agensi Umrah & Haji – ‘Nantikan Surat Peguam’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datuk Aziz menuntut hutang berjumlah RM65,000 daripada sebuah agensi pengurusan haji dan umrah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad Sudah Berdamai

    Tuntut hutang

    Menerusi hantaran di TikTok, Aaron atau nama lengkap Aaron Mustapha Aziz, 49, mendakwa pihak tersebut cuba mengelak berjumpa dengannya dan tidak menjawab panggilan telefon serta membalas mesej yang dikirim.

    Kepada Persada Global Holidays, hutang saya sebanyak RM65,000 masih belum selesai lagi.

    Saya dah telefon tapi tak berjawab, mesej tak dibalas. Pihak awak menghilangkan diri.

    Tolong selesaikan hutang saya secepat yang mungkin. Berjumpa dengan saya dan jangan hilang.

    Berkongsi lanjut, pelakon filem The Experts itu memberitahu agensi berkenaan telah melanggar syarat yang termaktub dalam satu surat perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.

    MENARIK:  Noorkhiriah Dapat Hadiah Kain Kafan Sempena Hari Lahir Dari Suami

    Tegas Aaron, dia juga akan melantik peguam bagi menguruskan isu tersebut.

    Yuran anak saya ke Amerika Syarikat siapa nak bayar? Nantikan surat peguam daripada pihak saya.

    Kontrak dah tanda tangan untuk membuat bayaran secara ansuran tapi tidak amanahkan pembayaran.

    Terdahulu, Aaron memaklumkan telah mendahulukan wang miliknya berjumlah RM90,000 susulan isu sekumpulan jemaah umrah terkandas akibat kesilapan yang dilakukan oleh agensi terbabit.

    The post Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000 Daripada Agensi Umrah & Haji – ‘Nantikan Surat Peguam’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah