Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha memuji sikapnya yang rajin memasak dan mengemas.
Artikel Berkaitan: Pengorbanan Dihargai, Isteri Fizi Ali Tak Sangka Raih ‘Supermom Award’ – ‘Saya Hanya Ikut Kata Hati Sebagai Ibu’
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Sedar Tanggungawab Suri Rumah Tidak Mudah, Isteri Tertidur Atas Sofa Sebab Kepenatan
Fizi memasak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Siti Zulaikha berkongsi video memaparkan juadah makanan yang disediakan Fizi iaitu kubis masak lemak dan sambal ikan bawal.
Hari ini bukan Mamatiz yang masak, tapi suami tercinta.
Terima kasih baby sayang, awak memang terbaik.
Puji suami
View this post on Instagram
Menurut Siti Zulaikha, ketika Fizi sedang memasak kebiasaannya dapur akan sedikit bersepah namun dia akan mengemas semula setelah selesai.
Dalam masa yang sama, Siti Zulaikha bersyukur kerana dikurniakan suami seperti Fizi.
Biasalah kalau Fizi masuk dapur, mula-mula messy sini sana tapi selepas selesai masak semuanya bersih macam tak ada sesiapa pun masuk dapur.
Bersih sangat. Alhamdulillah ada suami macam awak.
Terima kasih mak, didik anak lelaki mak sebaiknya.
Untuk rekod, Fizi Ali mendirikan rumah tangga bersama Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nurraisya Sofea.
Fizi dan Zulaikha turut mempunyai seorang anak perempuan masing-masing hasil daripada perkahwinan mereka sebelum ini.
Sumber: IG Siti Zulaikha
The post Isteri Puji Fizi Ali Kemas Selepas Memasak – ‘Bersih Macam Tak Ada Sesiapa Pun Masuk Dapur’ first appeared on OHBULAN!.





