23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    A Aida Nasihat Anak Perempuan: Hindari Derhaka dalam Perkahwinan, Kerana Akhirnya Akan Menyebabkan Kehilangan Harta

    Shopee Sale



    A Aida

    Nasihat yang dititipkan pengarah dan penerbit, Datuk A Aida kepada anaknya iaitu Wan Azevanatassha, 23, telah menyorot perhatian netizen.

    ‘Jangan derhaka’

    A Aida

    Menerusi perkongsian di Instagram, Aida mendoakan Azevanatassha atau mesra dengan sapaan Tasha dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik.

    Namun tegas Aida, anaknya itu perlu mendapatkan restu daripadanya terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

    Moga jumpa jodoh yang baik mata biru, tapi nak kahwin mesti dapat restu dulu.

    Jangan jadi anak derhaka kahwin senyap-senyap. Nanti satu sen harta aku pun tak dapat.

    Sementara itu, di ruangan kapsyen, Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, mendoakan anaknya berjaya hingga ke puncak menara gading.

    Tak terucap penat lelah dan susah ibu membesarkan anak. Apa sahaja kemahuan, ibu akan cuba penuhi.

    Sebagai balasan, belajarlah rajin-rajin dan sia-siakan peluang yang ada. Semoga kau berjaya anakku.

    MENARIK:  Suami Beyonce Nafi Rogol Remaja 13 Tahun – ‘Pertuduhan Itu Sangat Keji’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah