25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    10 Tahun Menyulam Cinta, Kim Woo Bin & Shin Min Ah Umum Kahwin Disember Ini

    Shopee Sale

    Selepas sedekad menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti popular Korea Selatan, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin akhirnya bakal menamatkan zaman bujang mereka pada 20 Disember ini.

    Kahwin 20 Disember ini

    Berita gembira itu disahkan oleh agensi mereka, AM Entertainment, menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 20 November.

    Berdasarkan kepercayaan yang kukuh sepanjang hubungan mereka, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin berjanji untuk menjadi pasangan seumur hidup.

    Majlis perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup di Seoul dan hanya dihadiri ahli keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

    Agensi itu turut memohon doa dan sokongan daripada peminat untuk pasangan berkenaan yang bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan mereka.

    Kami meminta sokongan dan restu anda semua untuk pasangan ini dalam membuat keputusan penting dalam hidup mereka. Kedua-duanya akan terus berdedikasi dalam kerjaya lakonan dan berusaha membalas kasih sayang yang diberikan selama ini.

    Shin Min Ah dan Kim Woo Bin mula menjalin hubungan sejak tahun 2015 dan sejak itu kekal sebagai antara pasangan selebriti Korea paling disayangi peminat.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Tak Beri Nafkah Dekat Isteri, Hidup Kau Tak Akan Senang’ – Kak KM

    Sumber: Soompi

    The post 10 Tahun Menyulam Cinta, Kim Woo Bin & Shin Min Ah Umum Kahwin Disember Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah