31.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    10 Malam Terakhir Ramadan, Peluang Terbaik Panjatkan Doa Mustajab

    Shopee Sale

    Pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, setiap doa yang dipanjatkan dengan penuh keikhlasan diyakini mempunyai peluang besar untuk dimakbulkan.

    Artikel Berkaitan: Rebut Waktu Mustajab! Ini 29 Doa Pendek Yang Boleh Dibaca Sebelum Berbuka Puasa

    Artikel Berkaitan: Jangan Lepaskan Peluang! Ini 5 Waktu Mustajab Berdoa Dalam Bulan Ramadan

    Doa untuk malam Lailatul Qadar & keampunan

    Waktu ini menjadi saat terbaik untuk memohon keampunan, serta mengharapkan agar segala hajat dan kebaikan diterima oleh-Nya.

    Antara doa yang dianjurkan untuk dibaca pada 10 malam terakhir bulan Ramadan ialah doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. khusus untuk malam Lailatul Qadar.

    Doa ini diajarkan Baginda kepada Aisyah R.A sebagai amalan terbaik yang boleh dibaca ketika mencari keberkatan malam tersebut.

    Selain itu, terdapat juga doa memohon keampunan dan keberkatan dalam kehidupan yang dipetik daripada Surah Al-Baqarah ayat 285, iaitu doa memohon agar Allah tidak menghukum kita atas kelalaian dan kesilapan yang dilakukan.

    MENARIK:  Global Station Ambil Langkah ‘Rehatkan’ Selebriti Kontroversi – ‘Masalah Yang Timbul Akan Membabitkan Semua’

    Doa rezeki halal & keselamatan

    Dalam pada itu, doa memohon rezeki yang halal dan berkat juga diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. agar seseorang dikurniakan rezeki yang halal, ilmu yang bermanfaat serta amalan yang diterima oleh Allah S.W.T.

    Akhir sekali ialah doa memohon keselamatan di dunia dan akhirat yang berasal daripada Nabi Ibrahim A.S, iaitu doa agar dirinya serta keturunannya sentiasa mendirikan solat dan semoga Allah menerima setiap doa yang dipanjatkan.

    Sumber: Yayasan Ikhlas

    The post 10 Malam Terakhir Ramadan, Peluang Terbaik Panjatkan Doa Mustajab first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah