24.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zelenskyy: Ukraine, Rusia setuju adakan pertukaran tawanan perang baru

    Shopee Sale

    Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Isnin mengumumkan bahawa Moscow dan Kyiv bersetuju untuk mengadakan satu lagi pusingan pertukaran tawanan peranang, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Bercakap pada sidang media di Vilnius, ibu negara Lithuania, Zelenskyy berkata delegasi kedua-dua pihak telah bertukar dokumen melalui Turkiye dalam satu mesyuarat yang diadakan di Istana Ciragan, Istanbul.

    “Kami sedang membuat persiapan bagi pembebasan tawanan peranang,” katanya.

    Dalam satu kenyataan berasingan, Menteri Pertahanan Ukraine Rustem Umerov berkata Ukraine mengemukakan tiga perkara utama dalam rundingan itu, iaitu gencatan senjata, pembebasan rakyat Ukraine termasuk tawanan dan kanak-kanak yang diculik, serta pertemuan antara pemimpin.

    MENARIK:  LHDN bongkar kegiatan kartel jual beli kenderaan mewah

    “Setakat ini, hanya aspek pertukaran yang telah dipersetujui. Butiran lanjut akan diberikan kemudian,” katanya.

    Istanbul sebelum ini turut menjadi tuan rumah rundingan pada 16 Mei lepas yang menyaksikan pertukaran tawanan terbesar antara kedua-dua negara sejak konflik bermula, yang kini memasuki tahun keempat.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah