29.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar jangan selindung di balik kematian Daim – Na'imah

    Shopee Sale

    Isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin menuntut Peguam Negara (AG) meneruskan kes mahkamah jenayah berkaitan pendedahan aset terhadap arwah suaminya.

    Na'imah Abdul Khalid hari ini menyatakan hasrat agar kes tersebut diteruskan di mahkamah bagi membersihkan nama allahyarham.

    "Saya bagi pihak Allahyarham, ingin menegaskan bahawa adalah menjadi hasrat beliau supaya perbicaraan terhadapnya diteruskan di mahkamah sehingga tamat.

    "Walau apapun terjadi kepadanya, Daim mendambakan harinya di mahkamah dan penuh yakin bahawa akhirnya beliau akan didapati tidak bersalah.

    "Dengan kata lain, tidak ada keperluan untuk Peguam Negara mahupun ketua SPRM untuk menyemak semula, memberhentikan atau menarik balik pendakwaan terhadap Daim. Malah kami tidak mahu memohonnya.

    MENARIK:  Kumpulan siswa kecam k'jaan Sabah halang kemasukan Fahmi Reza

    "Kami tidak akan membenarkan Anwar Ibrahim cuba berselindung di sebalik kematian Daim untuk mengelak mengambil tanggungjawab di atas fitnah yang dilontarkannya berulang-ulang terhadap Allahyarham secara terbuka.

    "Pembebasan Daim kelak akan membuktikan pengkhianatan dan pembohongan Anwar,” kata Na’imah pada satu kenyataan media.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah