30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    WHO keluar amaran kes campak melonjak di peringkat global

    Shopee Sale

    Jumlah jangkitan campak di seluruh dunia meningkat sebanyak 20 peratus antara 2022 dan 2023, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kesihatan Amerika Syarikat CDC.

    Anggaran kes global pada 2023 mencecah 10.3 juta, dengan hampir 110,000 kematian direkodkan, kebanyakannya melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun, iaitu kira-kira lapan peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, lapor agensi berita Jerman dpa pada Khamis.

    Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan bahawa penyakit berkenaan boleh dicegah dengan dua dos vaksin.

    Secara global, 83 peratus kanak-kanak menerima dos pertama, tetapi hanya 74 peratus mendapat dos kedua.

    Menurut laporan itu, sekiranya 95 peratus kanak-kanak di setiap negara, wilayah, dan kumpulan divaksin, wabak berkenaan boleh dicegah.

    MENARIK:  Pakar geologi: Lubang benam kedua mungkin disebabkan operasi SAR

    “Vaksin campak menyelamatkan lebih banyak nyawa berbanding vaksin lain dalam tempoh 50 tahun yang lalu,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    Menurut WHO, sekitar 57 juta kematian dapat dicegah melalui vaksinasi antara 2000 dan 2020.

    “Untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa dan menghentikan virus maut ini daripada menjejaskan golongan paling terdedah, kita mesti melabur dalam imunisasi untuk setiap orang tanpa mengira latar belakang,” kata Tedros.

    Sebanyak 57 negara melaporkan wabak campak pada 2023, hampir separuh daripadanya direkodkan di Afrika, lapor WHO dan CDC.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah