29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    WCE: Tanah Seksyen 3 berhampiran Taman Sentosa diambil alih k’jaan

    Shopee Sale

    Status tanah seluas kira-kira 300 meter yang mencetuskan pertikaian di Seksyen 3 berhampiran Taman Sentosa, Klang, dekat Shah Alam telah sah diambil alih oleh kerajaan, menurut Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat Sdn Bhd (WCE).

    WCE dalam kenyataan berkata walaupun pampasan telah dibayar kepada pemilik tanah yang terjejas, terdapat usaha untuk menangguhkan proses tersebut termasuk permohonan interim stay order yang baru-baru ini ditolak oleh mahkamah.

    WCE berkata pampasan telah dibayar kepada pemilik tanah sebagai sebahagian daripada proses pengambilalihan pada Sept 2023 dan Borang K dikeluarkan untuk memulakan proses pengosongan tanah secara sah pada Nov 2023.

    “Pada Ogos 2024, pemilik tanah memfailkan interim stay order untuk menangguhkan pengosongan tanah, dan April 2025 mahkamah menolak Interim Stay Order itu dan mengesahkan hak kerajaan untuk meneruskan pengambilalihan tanah tersebut,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  Mesir sambut baik arahan ICJ, gesa PBB tamatkan krisis Gaza

    Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan kebimbangan yang timbul berhubung isu akses tanah berkenaan, susulan pertikaian berterusan mengenai pengosongan tanah yang telah sah diambil alih oleh kerajaan itu.

    WCE berkata tanah tersebut sehingga kini masih belum dikosongkan, menyebabkan sambungan antara Seksyen 2 dan Seksyen 4 lebuh raya tergendala.

    “Susulan itu, WCE sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan proses pengosongan dapat dijalankan.

    “WCE ingin menegaskan bahawa pihak syarikat mempunyai hak undang-undang sepenuhnya untuk melaksanakan proses pengosongan tanah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah,” katanya.

    WCE turut komited bagi menyelesaikan isu pengosongan itu mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan dan akan terus berusaha untuk menyiapkan jajaran seksyen berkenaan secepat mungkin selepas proses penguatkuasaan undang-undang selesai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah