26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga emas maut kereta dihanyutkan arus deras

    Shopee Sale

    Seorang wanita maut manakala seorang lagi terselamat selepas kereta dinaiki dihanyutkan arus deras di Kampung Batu 5, Jalan Jedok, Tanah Merah, awal pagi ini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 pagi mengenai sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang dihanyutkan arus di kawasan berkenaan.

    “Jentera bomba tiba di lokasi tiga minit kemudian dan operasi mencari serta menyelamat segera dijalankan. Mangsa pertama, Shamila Suzie Ahmad Basharuddin berjaya diselamatkan manakala seorang lagi wanita Siti Gayah Zakaria didapati hilang.

    MENARIK:  'PN kalah bermaruah, teruskan buat petisyen plihan raya'

    "Mangsa kedua (Siti Gayah) ditemukan pada 7.49 pagi tadi tidak jauh dari lokasi kereta berkenaan tersangkut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya yang dipetik oleh Bernama.

    Siti Gayah, 70, menjadi korban kedua banjir di negeri ini. Isnin lalu, bencana itu meragut nyawa seorang wanita Indonesia di Gua Musang, Kelantan lemas selepas trak pikap jenis Toyota Hilux dinaikinya dihanyutkan arus deras.

    Operasi pagi tadi melibatkan anggota BBP Tanah Merah bersama sebuah jentera FRT sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah