32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga AS didenda RM6,500 miliki sebutir peluru di KLIA

    Shopee Sale

    Seorang warganegara Amerika Syarikat (AS) didenda RM6,500 oleh Mahkamah Majistret di Sepang hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki sebutir peluru tanpa lesen.

    Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan turut mengarahkan Bei Khe, 28, dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

    Lelaki itu membayar denda tersebut.

    Pengendali forklift di AS itu, didakwa memiliki sebutir peluru jenis Rimfire tanpa lesen atau permit senjata sah pada 12.05 tengah hari 1 Mac di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206), memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  MP Raub serah dua usul bahas isu Teoh Beng Hock

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain manakala Bei Khe diwakili peguam Zaflee Pakwanteh.

    Zaflee merayu hukuman ringan dikenakan mengambil kira anak guamnya mengaku bersalah dan telah insaf sejak berada dalam tahanan reman, selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

    “Anak guam saya ditahan semasa sedang transit ke Yangon, Myanmar bagi melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac ini,” katanya.

    Zaflee berkata beg mengandungi peluru itu merupakan milik abang tertuduh di AS yang dipinjamnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah