25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita warga emas maut dipijak gajah

    Shopee Sale

    Seorang wanita warga emas maut dipercayai dipijak gajah di kebun getah Felcra Batu 29, Kahang, berhampiran Kampung Sri Lukut di Kluang hari ini.

    Ketua Kampung Sri Lukut Yusuf Ibrahim berkata Misirah Saniman, 75, yang hidup sebatang kara di sebuah rumah berhampiran kebun getah itu diserang sekumpulan kira-kira 10 gajah yang dipercayai mula memasuki kawasan kebun getah berkenaan tengah malam tadi.

    “Misirah dipercayai diserang ketika menoreh getah tidak jauh dari rumahnya kira-kira 7 pagi tadi sebelum ditemukan meninggal dunia di lokasi itu.

    “Mayatnya kini ditempatkan di Klinik Kesihatan Kahang sebelum urusan pengebumian dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Yusuf berkata satu laporan kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Kahang serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kluang untuk tindakan selanjutnya.

    MENARIK:  Pemimpin Bersatu N Sembilan hantar memo pada Muhyiddin, gesa pecat Hamzah

    Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah