27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wan Fayhsal gagal rebut jawatan ketua Bersatu Machang

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal gagal dalam usahanya untuk merampas jawatan ketua bahagian Bersatu Machang.

    Malaysiakini dimaklumkan penyandang jawatan tersebut, Kamaruddin Ab Kadir berjaya mempertahankan kedudukannya dalam pengundian parti yang berlangsung hari ini.

    Kamaruddin, yang juga dikenali sebagai Cikgu Din, memperoleh sebanyak 103 undi manakala Fayhsal hanya menerima 26 undi.

    MENARIK:  Polis tahan 21 Orang Asli Kg Jemeri didakwa ceroboh tanah

    Keputusan ini disahkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Amirul Fahmi Mohd Mazlan Kushairi, ketika dihubungi pada petang ini.

    "Ya, benar," katanya melalui pesanan teks.

    Bersatu kini sedang mengadakan pengundian peringkat bahagian bagi kepimpinan penggal 2024-2027.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah