27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wan Fayhsal, aktivis anti-Israel demo depan Kementerian Pengangkutan

    Shopee Sale

    Sekumpulan aktivis anti-Israel termasuk ahli politik berdemonstrasi bagi membantah tawaran penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada konsortium yang dianggotai Global Infrastructure Partners (GIP).

    GIP dikaitkan dengan syarikat pelaburan multinasional Blackrock, yang memiliki pegangan dalam lima syarikat pembekal senjata kepada Israel.

    Peserta protes, termasuk anggota parlimen Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal,  berkumpul di hadapan bangunan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, pagi tadi.

    Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

    Dipimpin oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), mereka menyerahkan memorandum bantahan bagi menuntut kerajaan membatalkan proses pengambilalihan pegangan saham MAHB yang melibatkan GIP.

    Dalam sidang media di situ, Wan Fayhsal yang juga anggota Parlimen Machang berkata kerajaan tidak sepatutnya menyerang pembangkang kerana membantahnya.

    MENARIK:  NGO sokong cadangan Bukit Bintang jadi zon pejalan kaki

    "Kerajaan lupa yang membantah penjualan saham (MAHB) ini bukan sahaja pihak pembangkang malah rakyat Malaysia," katanya.


    PANDUANKINI l Apakah GIP, apa kaitannya dengan Israel?

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah