29 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Walau ada cuba cetus ketegangan, hubungan antara kaum tetap baik’

    Shopee Sale

    Hubungan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini baik dan saling menghormati, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Pulau Pinang, perdana menteri berkata ia dibuktikan menerusi acara yang dianjurkan kerajaan itu apabila semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama duduk semeja meraikannya dalam suasana yang aman serta harmoni.

    “Dalam semua majlis ini, sambutan rakyat baik orang Islam bersama dengan orang Cina, orang India, orang Asli turut merayakan dalam keadaan yang sangat aman, dengan penuh rasa kasih sayang dan hormat-menghormati…Tahniah rakyat Malaysia semua.

    “Ini membuktikan bahawa di peringkat rakyat keadaan itu baik, hubungan kaum baik. Saya dibesarkan di Bukit Mertajam. Kawasan itu pelbagai kaum, tidak ada ketegangan,” katanya di Pusat Konvensyen PICCA @Arena Butterworth hari ini.

    Anwar berkata masalah tercetus apabila terdapat segelintir tokoh politik yang cuba mencetuskan ketegangan menerusi hasutan dengan niat mahu menimbulkan rasa kebencian kaum dalam kalangan rakyat.

    MENARIK:  Dua Adun Bersatu dipecat kekal jawatan kerajaan negeri - MB Kedah

    “(Sedangkan) kalau kita tengok hari ini berapa ribu orang Melayu, berapa ribu orang Cina, berapa ribu orang India makan satu meja dan tidak ada rasa iri hati atau permusuhan,” katanya.

    Sehubungan itu, Anwar meminta rakyat supaya melihat kepentingan dan kekuatan yang dimiliki Malaysia kerana tidak banyak negara yang dihuni pelbagai kaum mampu mengatasi rekod perpaduan seperti di negara ini.

    Dia berkata Pulau Pinang umpamanya boleh dijadikan contoh sebagai sebuah negeri dengan pelbagai kaum yang hidup dalam suasana harmoni.

    Dalam pada itu, Anwar meminta rakyat agar bersatu padu dan berpakat menumpukan pada pembangunan negara sekali gus menjadikan Malaysia hebat di persada dunia.

    Majlis yang dimeriahkan dengan lebih 10,000 pengunjung itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Sumber Manusia Steven Sim, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan barisan kepimpinan negeri.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah