27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wakil k'jaan digesa tunjuk solidariti Palestin di acara kedutaan AS

    Shopee Sale

    Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menggesa wakil kerajaan dan tetamu yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan AS di Kuala Lumpur minggu depan supaya memakai simbol Palestin pada majlis itu.

    Kumpulan pendesak itu berkata tindakan sedemikian akan menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin dan juga sebagai peringatan kepada rakyat Amerika mengenai kekejaman Israel yang telah mereka lakukan.

    "Sebagai peringatan kepada Amerika Syarikat dan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, kami menyeru semua tetamu yang menghadiri sambutan 248 Tahun Kemerdekaan pada 10 Jun 2024 ini di Mandarin Oriental Kuala Lumpur untuk memakai lambang Palestin dengan pakaian mereka.

    “Sama ada lencana, selendang, kufeiyyah, atau apa sahaja yang simbolik untuk Palestin, marilah kita menjadi peringatan fizikal kepada Amerika bahawa kita tidak melupakan dosa yang telah mereka lakukan.

    “Kami juga menggesa wakil-wakil kerajaan Malaysia khususnya menteri-menteri yang akan menghadiri majlis resepsi itu supaya memakai lambang Palestin supaya mencerminkan semangat perpaduan rakyat Malaysia dan kerajaan Madani dengan Palestin,” kata kumpulan itu lagi.

    MENARIK:  Takziah! Zaid tampil sokong Teresa berhubung pensijilan halal

    Walaupun ia mengucapkan tahniah kepada AS atas ulang tahun kemerdekaannya yang ke-248, SSP berkata negara itu perlu diberi peringatan bahawa Palestin dan rakyatnya juga bercita-cita untuk bebas dan merdeka.

    Kumpulan itu menggesa AS untuk segera menamatkan eksport senjatanya ke Israel dan supaya kuasa besar itu menghormati kedaulatan undang-undang termasuk perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk serta-merta menghentikan serangan ketenteraan Israel.

    "Seruan ini tidak didengar kerana Amerika Syarikat terus mempersenjatai dan bersubahat dengan Israel melalui penyediaan dana dan senjata," kata SSP.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah